24.8.10

Khidmat Bakti

Pada 25 Februari 2010 yang lalu, SK Batu Belah Klang telah mengadakan Temasya Padang Dan Balapan kali ke 24. Temasya tersebut telah dirasmikan oleh Encik Badrul Hisham bin Mokhtar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang. Sehubungan itu, ahli-ahli TKRS SK Batu Belah telah diminta untuk memberi khidmat dan sumbangan tenaga bagi melicinkan perjalanan temasya itu.


Salam Mesra

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat bertemu buat kali pertama di dunia digital ini.  Apa khabar kadet-kadet yang disayangi? Saya doakan kadet-kadet berada dalam keadaan baik dan sentiada dalam rahmat Allah.

Sekarang kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Kadet-kadet berpuasa atau tidak? Saya berharap semua anggota kadet tabah dan sabar menjalani ibadah puasa. Ingat, puasa adalah wajib bagi umat Islam. Di samping itu, jangan lupa dengan ibadah-ibadah yang lain khususnya solat. Solat ialah tiang agama.

Blog ini dibina khas buat anggota Tunas kadet Remaja Sekolah SK Batu Belah Klang. Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja dialu-alukan membaca atau mendapatkan maklumat di sini. Saya berharap blog ini boleh menjadi sumber maklumat dan tempat untuk bertukar-tukar pendapat dan idea demi kebaikan anggota TKRS sekolah ini.

Di dalam blog ini nanti akan diisikan dengan catatan aktiviti TKRS SK Batu Belah. Anggota kadet sendiri digalakkan menulis bahan atau aktiviti untuk disiarkan di dalam blog ini. Selain itu, blog ini juga akan memuatkan bahan atau maklumat tentang ilmu TKRS. Semoga anggota TKRS akan memenfaatkan blog ini sebaik mungkin.

Setakat inilah dahulu catatan saya sebagai salam perkenalan buat kadet-kadet semua. Saya doakan semoga kadet-kadet akan terus maju jaya.


"ILMU IMAN AMAL"