Pada 25 Februari 2010 yang lalu, SK Batu Belah Klang telah mengadakan Temasya Padang Dan Balapan kali ke 24. Temasya tersebut telah dirasmikan oleh Encik Badrul Hisham bin Mokhtar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang. Sehubungan itu, ahli-ahli TKRS SK Batu Belah telah diminta untuk memberi khidmat dan sumbangan tenaga bagi melicinkan perjalanan temasya itu.
Aktiviti kali ini hanya dapat disertai oleh 11 orang anggota TKRS sahaja. Anggota-anggota yang lain pula terlibat dengan aktiviti rumah sukan masing-masing. Walaupun begitu, ini tidak menghalang anggota-anggota TKRS tersebut memberi khidmat sebaik mungkin. Anggota TKRS yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 itu telah diberi tanggungjawab untuk menjaga aspek keselamatan dan kawalan trek balapan. Namun, mereka juga tidak keberatan untuk membantu jawatankuasa Peralatan mengambil dan menyimpan peralatan sukan yang digunakan pada temasya tersebut.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh anggota TKRS itu juga telah berjaya mengawal keselamatan trek sepanjang temasya tersebut. Aktiviti terakhir yang diakukan oeh anggota-anggota TKRS ini ialah membersihkan kawasan padang. Ia tidak menjadi masalah kerana mereka telah biasa didedahkan dengan aktiviti khidmas sebegini.
Jawatankuasa TKRS SK Batu Belah Klang ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas sumbangan dan khidmat bakti anggota-anggota TKRS tersebut. Sesungguhnya TKRS SK Batu Belah telah menjadi unit beruniform yang paling menyerlah pada temasya padang dan balapan tahun ini. Sekalung penghargaan buat anggota-anggota TKRS ini yang telah berjaya menaikkan imej pasukan di mata warga SK Batu Belah, Klang dan ibu bapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan